PLUS Malaysia Berhad tawar RFID bermula 1 April untuk semua lebuhraya

2089

Bermula pada Rabu, 1 April 2020, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menawarkan kemudahan pembayaran RFID di kesemua 83 tol sistem tertutup dari Utara ke Selatan, termasuk lebuh raya LPT2 sepanjang Pantai Timur.

Selaras dengan visi kerajaan untuk melaksanakan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), pelaksanaan RFID di plaza tol sistem tertutup PLUS menandakan penyempurnaan ekosistem lebuh raya yang menggunakan sistem RFID sepenuhnya.



Ianya bertujuan untuk menawarkan pelanggan kemudahan transaksi tol tanpa tunai, tambah nilai melalui perbankan internet dan E-dompet serta bebas dari sebarang kerumitan dalam penggunaan gajet yang mahal dan keperluan penggunaan bateri bagi SmartTAG.

PLUS RFID

Walaupan transaksi tol RFID telah diperkenalkan, transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi boleh diterima bagi memudahkan pelanggan lebuh raya mengambil masa untuk bertukar kepada RFID dalam tempoh jangka masa tahun ini.

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem RFID untuk transaksi tol, PLUS menasihatkan agar mereka segera memasang pelekat Tag RFID di pusat-pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

Pelanggan lebuh raya PLUS boleh mengunjungi pusat pemasangan pelekat RFID (RFID Fitment Centres) yang disediakan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd bagi mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go. 

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi pusat pemasangan tersebut boleh diperolehi melalui pautan di https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres.

17 Pusat Pemasangan Tag RFID dibuka di Lebuh Raya PLUS Mulai 13 Mac 2020

Pusat pemasangan Tag RFID akan turut dibuka di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bermula 13 Mac bagi membolehkan pelanggan lebuh raya PLUS untuk membuat pemasangan pada kenderaan masing-masing.

Senarai Pusat Pemasangan Tag RFID di Lebuh raya PLUS adalah seperti berikut:-

Lembah Klang/Wilayah Tengah

No

Lokasi

Waktu Operasi

1

Restoran Jejantas Sungai Buloh (Kedua-dua Arah)

10:00 pagi – 6:00 petang

Isnin hingga Ahad

2

R&R Seremban (Kedua-dua Arah)

3

R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)

10:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat, Sabtu & Ahad

4

R&R Tapah (Kedua-dua Arah)

5

RTC Gopeng RTC di Hentian Sebelah Simpang Pulai

 

Wilayah Selatan

No

Lokasi

Waktu Operasi

1

Restoran Jejantas Ayer Keroh (Kedua-dua Arah)

10:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat, Sabtu & Ahad

 

Wilayah Utara 

No

Lokasi

Waktu Operasi

1

R&R Gunung Semanggol (Arah Utara)

10:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat, Sabtu & Ahad

2

R&R Gurun (Kedua-dua Arah)

 

Pantai Timur

No

Lokasi

Waktu Operasi

1

R&R Temerloh (Kedua-dua Arah) (LPT1)

10:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat, Sabtu & Ahad

2

R&R Kuantan (Kedua-dua Arah) (LPT1)

 

Sementara itu, sebanyak 173 lorong RFID (termasuk 131 Lorong Khas RFID) akan dibuka di 83 buah plaza tol di Lebuh raya PLUS bermula 1 April 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here