Bosan dengan Civic, Corolla dan Mazda3? Tunggu Hyundai Elantra 2021 ini!

1361

Video teaser Hyundai Elantra telah dipratonton menjelang sidang akhbar yang dijadualkan akan diadakan pada 17 Mac di The Lot Studios, West Hollywood, California.

Video teaser yang dipaparkan memperlihatkan reka bentuknya yang berbeza daripada model keluaran sebelum ini. Kelihatan sangat tajam, jentera ini disertakan dengan lampu hadapan yang kelihatan agresif.



Bahagian sisi pada jentera ini juga kelihatan sangat mengagumkan kerana menampilkan beberapa garis pada badan jentera terutama di bahagian pintu.

Hyundai Elantra 2021

Video teaser ini juga memaparkan roda dengan campuran warna hitam dan perak serta lampu belakang yang sangat menarik.

Ruangan dalam Hyundai Elantra 2021 kelihatan sangat sederhana berbanding dengan model Hyundai semasa yang berada di pasaran. Terdapat skrin infotainmen yang dilihat bersambung dengan skrin kluster digital. 

Di samping itu, jentera ini dilengkapi dengan stereng four-spoke dan aksen merah yang menjalar di sepanjang papan pemuka. Terdapat juga konsol tengah yang bewarna putih, yang membahagikan ruang antara pemandu dan penumpang. Ruangan kabin ini digelar oleh Hyundai sebagai ‘immersive cocoon.’

Hyundai Elantra 2021

Hyundai masih belum menjelaskan spesifikasi enjin jentera ini, tetapi nampaknya ia akan lebih berkuasa dari model sebelumnya. Model terbaru ini juga berkemungkinan akan menggunakan variasi petrol SmartStream dan disertakan dengan varian plug-in hybrid.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here