Remaja Vietnam cipta replika motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah dari kotak

4870

Sekumpulan remaja di Vietnam kreatif menghasilkan replika motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah dengan hanya menggunakan bahan buangan dan terpakai.

Namakan apa saja kenderaan mewah, sama ada Ferrari mahupun Ducati semuanya boleh dihasilkan walaupun badan kenderaan kelihatan ganjil disebabkan kotak yang digunakan. Yang pasti, kenderaan itu masih boleh berfungsi baik.



Anak muda dari saluran YouTube, NHẾT TV itu yang meminati sukan permotoran membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membangunkan model mewah yang menggabungkan serpihan logam, kotak dan bahagian terpakai motosikal.

Seorang daripada mereka memberitahu sudah menghasilkan pelbagai replika motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah menggunakan plakad sejak beberapa tahun lalu.
 

“Daripada kereta kebal Israel hingga ke arca patung Kai-Xiang Zhong yang menyeramkan.

“Kami mentah, tidak sempurna tetapi cara kami sejuta lebih baik. Melihat kotak dari Lamborghini dan motosikal buatan sendiri (DIY) diilhamkan daripada Ducati bergegar di atas jalan sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini,” katanya.

Remaja lelaki itu bukan saja berbakat dalam pembuatan berkenaan tetapi pandai berjenaka membuatkan video mereka bersama ciptaan menarik perhatian penonton YouTube.

Hingga kini, lebih 300,000 peminat mengikuti saluran YouTube mereka dan kebanyakan video ditonton hingga jutaan kali, rata-ratanya adalah rakyat Vietnam sendiri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here