Porsche 911 Turbo terima sentuhan Gemballa, gaya lebih unik dan kuasa kini 870hp

1408

Gemballa adalah satu nama yang dihormati dalam penalaan Porsche, dan sentuhan terkini mereka ialah menaik taraf Porsche 911 Turbo dengan peningkatan kuasa utama.

Porsche 911 Turbo

Jentera yang diberi nama sebagai Gemballa GTR 8XX Evo-R ini juga memberikan penampilan yang lebih menarik, sesuai dengan peningkatan kuasanya.



Pakej ini mengekalkan enjin Porsche 911 Turbo, iaitu enjin 3.8-liter flat-six tetapi ia akan meningkatkan kuasa kepada 807hp dan 1,098Nm tork. 

Porsche 911 Turbo

Gemballa berkata bahawa pakej upgrade ini membolehkan jentera ini memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.38 saat dan mencapai 0-200km/j dalam masa hanya 7.5 saat. Untuk kelajuan maksimum, jentera ini mampu mencapai sehingga 340km/j.

Kit badan dari gentian karbon melengkapkan kuasa tambahan pada jentera ini. Pada bahagian hadapan, terdapat splitter, hud dengan ruang udara, dan bampar yang baru dengan tiga ruangan pengaliran udara yang besar.

Jentera ini juga dilengkapi dengan fender tambahan yang menyebabkan lebarnya bertambah sebanyak 30mm di depan dan 50mm di belakang. Untuk bahagian belakang, jentera ini disertakan dengan spoiler besar yang sesuai dengan kapasiti enjin dan diffuser yang disertakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here