Land Rover Discovery Sport 2020 lebih canggih, kekal hensem dan kemas

1374

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) telah melancarkan Land Rover Discovery Sport baharu, sebuah SUV premium kompak yang versatil dan canggih untuk kegunaan harian.

Ia boleh didapati dengan dua varian, iaitu 5-tempat duduk dan 5+2 High Spec, masing-masing dengan harga RM379,800 dan RM409,800.



Discover Sport R-Dynamic ini membawakan DNA rekabentuk Land Rover yang maskulin dan bentuk keseluruhan lebih sporti. Ia dilengkapi lampu LED baharu untuk depan dan belakang, di samping gril serta bampar baharu.

Pengalaman pemanduan yang sofistikated disediakan oleh fungsi Driveline Disconnect yang disertakan pada sistem pacuan semua-rodanya (AWD).

Fungsi ini boleh memisahkan pacuan gandar depan ke gandar belakang semasa pemanduan santai untuk mengurangkan kehilangan geseran serta menjimatkan bahan api. Ia juga boleh disambungkan semula menjadi AWD dalam masa 500 milisaat.

Fungsi Terrain Response pula membolehkan tetapan pendikit minyak, brek, differential dan transmisi disesuaikan mengikut keadaan permukaan laluan. Untuk ini, terdapat mod Comfort, Sand, Grass-Gravel-Snow, Mud & Ruts atau Auto untuk dipilih.

Terdapat juga ClearSight Ground View, iaitu teknologi pertama seumpamanya di dunia. Ia memberikan pandangan maya yang jelas untuk pemandu melihat permukaan laluan. Ini memudahkan pergerakan di laluan sukar seperti permukaan tidak rata dan jalan sempit.

Land Rover Discovery Sport ini dikuasakan oleh enjin petrol 2.0-liter Ingenium, cukup untuk menghasilkan 200hp dan 320Nm. Enjin ini disambungkan dengan transmisi ZF automatik 9-kelajuan.

Kecanggihan SUV ini dibawa juga ke dalam, dengan sistem infotainmen Touch Pro berserta skrin 10-inci. Sistem ini turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Sejajar dengan perkembangan peranti pintar hari ini, Discovery Sport turut dilengkapi sistem pengecaj tanpa wayar, dilengkapi sebagai standard pada semua varian.

Berminat? Pandu uji boleh dibuat di bilik pameran Jaguar Land Rover melalui pautan ini: Book a Land Rover Test Drive dan nyatakan sahaja model yang anda minati.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here