Hoonifox, kereta terbaru berkonsepkan Ford Mustang Fox-body yang akan dilenjan oleh Ken Block

2944

Ken Block memiliki sebuah kereta baru yang digelar sebagai Hoonifox. Jentera ini direka bentuk berkonsepkan Ford Mustang Fox-body dan disertakan dengan sistem pacuan semua roda (AWD). 

Hoonifox

Jentera ini direka oleh Ash Thorp, pereka yang merekabentuk Ford Escort RS Cossie V2 dan batmobile yang akan muncul dalam filem Batman terbaru. 



Ford Mustang Fox-body ini direka berdasarkan platform Ford Fox yang pernah dikeluarkan dari 1978 hingga 1993.

Konsep Hoonifox menampilkan bonet hadapan dan roof scoops yang agak besar, kit badan yang lebar beserta dengan fender yang diinspirasikan dari WRC, sisik pada cermin belakang dan ekzos yang berada pada bahagian sisi kereta.

Ken Block berkata disebabkan Hoonicorn Mustang dan minatnya terhadap kereta era 80-an, menghasilkan kereta dari Ford Mustang Fox-body merupakan langkah yang tepat baginya.

“Lamborghini Countach serba putih dari Miami Vice merupakan inspirasi utama,”  katanya.

Buat masa sekarang, Hoonifox dilengkapi dengan ciri-ciri yang sama dengan Hoonicorn Mustang, iaitu cat serba hitam dan dilengkapi dengan logo dari penaja dan rim yang bewarna gangsa. 

Powertrain Hoonifox masih belum didedahkan, tetapi ia berkemungkinan besar dilengkapi dengan sesuatu dari enjin EcoBoost V-6 yang terdapat di Hoonitruck 914-hp, enjin V-8 naturally-aspirated buatan Roush Yates yang ada pada Hoonicorn, atau powertrain yang baru.

Apa yang pasti, jentera ini akan menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here