Covid-19: Proton mula operasi secara berperingkat mulai 5 Mei 2020

1457

Proton akan kembali menjalankan operasi secara berperingkat bermula 5 Mei 2020. Proses pembukaan semula ini akan mematuhi setiap arahan dan syarat seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa.

operasi proton

Syarikat itu akan membuka semula pusat jualan dan servis pada 5 Mei 2020. Pembukaan ini tertakluk pada cawangan-cawangan yang terletak di zon kuning dan hijau. Setiap proses juga akan mematuhi keperluan yang ditetapkan.



Semua premis dan kakitangan perlu mematuhi protokol keselamatan yang ketat seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dalam usaha untuk mengekang penyebaran pandemik Covid-19.

“Proton akan kembali memulakan semua aktiviti perniagaan secara berperingkat. Namun, kami tetap akan mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami dan selari dengan seruan Perdana Menteri untuk menyesuaikan keadaan dengan norma baharu.

“Kami akan memperkenalkan satu protokol khas di semua kawasan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong

Selain daripada pusat pameran Syarikat, Proton juga akan memulakan operasi pengeluaran di kilang-kilangnya di Tanjung Malim dan Shah Alam secara berperingkat bermula 5 Mei.

Pejabat korporat di Pusat Kecemerlangan (COE) juga akan mula beroperasi, namun, akan mempraktikkan amalan kerja baharu bagi meminimakan risiko jangkitan.

“Kami ingin meyakinkan semua pelanggan bahawa kami akan berusaha seboleh mungkin dalam memastikan keselamatan dan kesihatan anda terjamin. Sebagai pengeluar automotif yang bertanggungjawab, keselamatan tetap menjadi keutamaan kami,” tambah Li.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan jualan dan selepas jualan, sila rujuk seperti berikut:

– Laman web: proton.com
– Talian khidmat pelanggan: 1-800-88-8398

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here