MotoGP Virtual Race: Maverick Vinales dominasi pusingan ketiga

1205

Setelah 3 pusingan berlalu, kedudukan podium bagi MotoGP Virtual Race masih lagi diduduki oleh pelumba yang sama iaitu Maverick Vinales, Alex Marquez dan Francesco Bagnaia.

MotoGP Virtual Race maverick vinales

Untuk perlumbaan MotoGP Virtual Race pusingan pertama, kedudukan pertama berjaya diraih oleh Alex Marquez. Ianya diikuti dengan Francesco Bagnaia di tempat kedua dan Maverick Vinales ditempat ketiga.



Manakala gelaran juara perlumbaan pusingan kedua diperoleh oleh Francesco Bagnaia, manakala tempat kedua diduduki oleh Maverick Vinales diikuti dengan Alex Marquez di tempat ketiga.

Kini setelah pusingan ke tiga MotoGP Virtual Race selesai, kedudukan podium masih diduduki oleh ketiga pelumba tersebut. Gelaran juara diperoleh oleh Maverick Vinales diikuti Alex Marquez di tempat kedua dan Francesco Bagnaia di tempat ketiga.

Setelah tiga pusingan perlumbaan tersebut selesai, ketiga-tiga pelumba ini mengumpul mata keseluruhan yang sama.

Walau bagaimanpun, jumlah mata yang diperoleh dalam perlumbaan maya ini tidak dikira dalam perlumbaan MotoGP yang sebenar.

Keputusan perlumbaan MotoGP Virtual Race pusingan ketiga ini mencapai cita-cita Maverick Vinales yang ingin muncul sebagai juara.

Pada masa yang sama, prestasi yang dipamerkan oleh Vinales merupakan yang paling progresif sepanjang perlumbaan ini yang telah diadakan sebanyak tiga kali.

Sekiranya MotoGP Virtual Race pusingan ke empat diadakan, adakah ketiga-tiga pelumba ini akan menduduki kedudukan podium lagi? Sama-sama kita nantikan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here