MotoGP Virtual Race siri ke-4: Kemenangan kedua buat Alex Marquez, kedudukan podium pertama buat Rossi dan Marc Marquez

1463

Valentino Rossi atau lebih dikenali dengan panggilan The Doctor dan juara dunia, Marc Marquez berjaya memperoleh kedudukan podium dalam siri perlumbaan MotoGP Virtual Race siri ke-4 pada 17 Mei 2020.

MotoGP virtual race siri ke-4

Perlumbaan ini disertai oleh 11 pelumba, dimana ia berlangsung di litar Misano dengan jumlah 9 pusingan atau sekitar 35 peratus dari jarak asal perlumbaan.



Selain Rossi, Alex dan Marc Marquez merupakan watak utama dalam perlumbaan yang menarik ini.

Seperti biasa, saingan perlumbaan ini diwarnai oleh beberapa kemalangan yang tidak dijangka.

Pada pusingan ke 7, dua pelumba utama iaitu Alex Marquez dan Fabio Quartararo telah mengalami kemalangan.

Kemalangan itu membuatkan mereka berdua terjatuh dan Marc Marquez mengambil alih untuk mengetuai perlumbaan.

Walaupun ketinggalan di belakang, Alex Marquez berusaha mengejar kembali kedudukan pendahulu dari abangnya dan akhirnya memenangi perlumbaan. 

Marc gagal meraih kemenangan pertamanya, sementara Alex meraih kemenangan keduanya.

Sementara itu, Quartararo gagal mengejar 2 pelumba paling hadapan dan sebaliknya terjatuh pada 3 pusingan terakhir.

Hal ini tidak disia-siakan oleh The Doctor untuk merebut kedudukan podium yang tersisa.

Sementara itu, pemenang sebelumnya Maverick Vinales dan Francesco Bagnaia tidak memiliki nasib yang baik dalam perlumbaan ini dengan kerana mengalami kemalangan secara berulang kali.

Berikut adalah keputusan perlumbaan MotoGP Virtual Race siri ke-4:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here