PKPB: Jumlah kenderaan langgar arahan larangan rentas negeri cecah 1,248

1834

Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilakasanakan, sebanyak 1,248 buah kenderaan telah diarah berpatah balik setelah didapati langgar arahan larangan rentas negeri berbanding 508 buah kenderaan pada semalam.

langgar arahan rentas negeri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua kenderaan langgar arahan larangan rentas negeri tersebut dikesan melalui 147 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri (inter-state).



Sekatan jalan raya tersebut dijalankan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan pemeriksaan ke atas 218,027 kenderaan.

“Ia menunjukkan peningkatan lebih sekali ganda rakyat yang cuba untuk merentasi negeri untuk pulang ke kampung dengan berbagai-bagai alasan.

“Jadi saya dah sebut semalam tak perlulah cuba untuk balik ke kampung setelah bersiap sedia selepas sahur nak balik kampung dan membawa anak-anak akhirnya terpaksa berpatah balik.

“Alhamdulillah pihak polis masih lagi arahkan berpatah balik.

“Katakan tiba-tiba pihak polis mengenakan kompaun RM1,000, jadi yang ruginya adalah kita sendiri,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here