Lamborghini Aventador ini antara 6 koleksi kereta mewah Mohamed Salah

5707

Sebagai bintang bola sepak terkenal dengan bayaran gaji yang tinggi, Mohamed Salah juga mempunyai koleksi kereta mewah. Antara kereta mewah tersebut adalah Lamborghini Aventador.

kereta mohamed salah

Terbaru, Salah dilaporkan menambah koleksi kereta mewahnya iaitu Bentley Continental GT. Disini kami akan senaraikan koleksi kereta mewah milik pemain kelahiran Mesir ini.



  1. Bentley Continental GT

kereta mohamed salah

Koleksi kereta terbaru Salah adalah Bentley Continental GT dengan harga £160,000 (RM843,712). Kereta mewah ini menjadi kegemaran kepada kebanyakan pemain bola sepak.

Jentera ini disertakan dengan ruangan dalam yang mewah, termasuk tempat duduk yang dibaluti kulit yang selesa. Dari segi prestasi, jentera ini dikuasakan oleh enjin V12 yang mampu menghasilkan kelajuan tertinggi pada 338km/j. 

2. Lamborghini Aventador

Salah juga merupakan pemilik kepada supercar Lamborghini Aventador. Jentera buatan syarikat dari Itali ini mampu mencapai kelajuan tertinggi pada 350km/j.

Supercar ini merupakan koleksi kereta terpantasnya. Aventador mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat. Salah dilaporkan menghabiskan sebanyak £176,000 (RM927,603) untuk memiliki jentera ini.

3. Mercedes-AMG GLE 43 Coupe

kereta mohamed salah

Sedangkan pemain lain gemar untuk menggunakan SUV seperti Range Rover dan Bentley Bentayga untuk ke tempat latihan, Salah lebih gemar untuk memandu Mercedes-Benz GLE 43 Coupe.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V6 3.0-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan 367hp dan 520Nm tork. Mercedes-AMG GLE 43 Coupe berharga sekitar £65,000 (RM342,580).

4. Mercedes-Benz SLS AMG Roadster

Dengan gaji sekitar £200,000 (RM1,054,095) seminggu, tidaklah sukar bagi Mohamed Salah untuk memiliki sebuah kereta mewah, iaitu Mercedes-Benz SLS AMG Roadster yang berharga sekitar £176,000 (RM927,603).

Jentera ini dikuasakan oleh enjin V8 6.3-liter yang mampu menghasilkan sehingga 571hp dan 650Nm tork. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.8 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 317km/j.

5. Audi Q7

Beberapa bintang pasukan Barcelona diberikan Audi Q7 untuk kemudahan ke tempat latihan, sehingga kerjasama antara kelab tersebut dengan pihak penaja berakhir.

Salah diberikan jentera yang berharga sekitar £54,000 (RM87,000) ketika dia kembali ke Premier League bersama Liverpool setelah menyarung jersi pasukan AS Roma.

6. Toyota Camry

gambar hiasan

Salah satu kereta yang paling murah dimiliki oleh Salah adalah Toyota Camry. Kereta keluaran syarikat dari Jepun tersebut berharga £29,000 (RM152,843) di UK. Jentera ini merupakan kereta pertama Salah.

Menurut sumber, legenda bola sepak Mesir ini disenaraikan sebagai atlet dengan bayaran tertinggi pada tahun 2019 oleh majalah Amerika, Forbes, dengan pendapatan sebanyak USD25.1 juta (RM109,318,030).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here