Cara Salah buat kebajikan, hadiahkan pusat perkhidmatan ambulans untuk penduduk kampung halamannya

1697

Bintang bola sepak, Mohamed Salah menyumbangkan pusat perkhidmatan ambulans untuk wilayah kelahirannya iaitu Nagrig, utara Mesir. Pusat itu dikatakan berharga sekitar USD40,000 (RM171,500) dan akan menyediakan perkhidmatan kepada 30,000 penduduk di bandar tersebut.

Ia adalah sumbangan amal terbaru yang diberikan oleh pemain kebangsaan Mesir dan pasukan Liverpool tersebut.



Datuk Bandar Gharbia Governorate, Tarek Rahmy mempengerusikan pembukaan pusat ambulans bersama ayah Salah iaitu Salah Ghaly. Ia turut dihadiri ketua pusat ambulans tersebut dan wakil Kementerian Kesihatan Mesir.

Sebelum ini pada 2018, Salah membiayai pembinaan sekolah perempuan di perkampungan Nagrig, selepas menerima berita kesukaran gadis tempatan yang harus menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapat pendidikan.

Salah pusat ambulans

Aktiviti kebajikan lain yang dilakukan oleh pemain bola sepak itu membabitkan membeli tanah seluas 5 ekar di wilayah Gharbia, dan mendermakannya kepada pihak berkuasa tempatan supaya digunakan untuk menghasilkan loji rawatan kumbahan. Ia bertujuan untuk menghasilkan air bersih di wilayah tersebut.

Salah juga mendermakan USD 3 juta (RM12.8 juta) kepada Institut Kanser Nasional Mesir selepas insiden pengeboman yang dilakuakan oleh pengganas, yang mengakibatkan kerosakan yang besar (20 kematian, 47 orang cedera). 

Baru-baru ini, Salah dikatakan telah muncul di sebuah stesen minyak dan membayar minyak petrol kepada semua pengunjung

Sumber: middleeastmonitor.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here