Apa itu Kadet JPJ, ini 9 objektif penting ia ditubuhkan

7650

Kadet JPJ ialah satu organisasi di bawah naungan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Fungsi organisasi ini ialah untuk memberi maklumat kepada pihak JPJ, tentang keselamatan jalan raya.

kadet JPJ

Selain itu, organisasi ini mempunyai beberapa objektif tersendiri. Antara beberapa objektif tersebut adalah seperti berikut:-



• Memberi pendedahan dan penumpuan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah tentang budaya dan persekitaran kerja anggota beruniform.

• Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah tentang kepentingan JPJ dalam pengurusan dan penguatkuasaan pengangkutan jalan secara interaksi dua hala.

• Memahami kehendak pelanggan dengan menghayati budaya dan persekitaran kerja JPJ di samping mendapatkan maklum balas dan analisa pelajar-pelajar sekolah tentang JPJ.

• Membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar-pelajar sekolah dengan penerapan konsep kepatuhan dan taat setia kepada bangsa dan Negara.

• Meningkatkan perasaan tanggungjawab masyarakat tentang keselamatan jalan raya terutamanya di kalangan pelajar.

• Melahirkan seorang pemimpin Kadet JPJ yang aktif dan berwibawa.

• Melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab kepada pasukan.

• Melatih pemimpin yang boleh melatih pasukannya sendiri. 

• Melahirkan seorang pemimpin yang memiliki sikap positif, berdisiplin dan berhemah tinggi.

Sumber: Facebook JPJ

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here