Promosi di Naza Automall Mid Year Mega Deal, Toyota Vellfire dari RM210k!

2376

Mulai hari ini hingga 15 Julai 2020, Naza Automotive Group menawarkan harga lebih rendah untuk kenderaan-kenderaan yang dijual di Naza Automall Mid Year Mega Deal.

Anda dapat memperoleh lebih penjimatan dengan pemotongan 5 peratus SST selain pengecualian cukai yang diumumkan kerajaan.



Selain itu, anda juga layak menikmati kadar faedah serendah 1.88 peratus dan jaminan 1 tahun untuk kenderaan-kenderaan dari pelbagai jenama terkemuka seluruh dunia seperti Mini Cooper S, Mercedes-Benz GLC, Mercedes-Benz CLA, Lexus RX200T, dan Toyota Vellfire.

Malas atau tak sempat berkunjung ke Naza Automall? Jangan risau, anda masih boleh melihat kenderaan-kenderaan ini dari rumah melalui laman Facebook (@nazaautomall.my) dan Instagram (@nazaautomall). Melalui cara ini, anda boleh berhubung terus dengan jurujual Naza dan mendapatkan meklumat lanjut mengenai kenderaan yang anda mahukan.

Berkenaan SOP Covid-19, Naza juga ingin menekankan bahawa mereka akan mematuhi segala yang disarankan oleh kerajaan.

Hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk berada dalam kenderaan semasa pandu uji, dan kenderaan ini semua akan dinyah-kuman sebelum dan selepas setiap sesi. Anda juga dinasihatkan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum sesi pandu uji.

Naza Automall dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang, dan untuk hari minggu serta cuti umum, ia dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here