Opel Zafira Life hasil sentuhan Irmscher ini paling sesuai untuk bapa berjiwa kelajuan

3935

Jika di Malaysia, bapa-bapa berjiwa kelajuan biasanya memilih model seperti Honda Odyssey dan Toyota Caldina GT4 untuk memuaskan keperluan pemanduan sambil membawa keluarga.

Namun di UK, mungkin mereka ini boleh melihat kepada Irmscher is3 Black Phantom. Ya, ianya sebuah van, lebih tepat lagi, berasaskan Opel Zafira Life.



Tetapi Irmscher iaitu syarikat talaan British telah memberikan sentuhan kepada Zafira Life ini menjadikannya lebih sporti dan berbisa. Anda pasti buat kesilapan besar jika mencucuk van ini.

Irmscher Black Phantom dibezakan dari Zafira Life biasa melalui kemasan serba hitam di spoiler depan, gril depan, skirt tepi, bampar belakang, dan spoiler belakang. Irmscher berkata kit badan ini diuji untuk memberikan lebih prestasi aerodinamik.

Pelengkap bahagian luar ini adalah rim 20-inci Heli Star, nampak sangat padan dengan van yang telah direndahkan ini. Irmscher juga berkata van ini terasa “seperti dipandu di atas landasan”.

Selain naik-taraf di bahagian luar, Irmscher Black Phantom turut menerima beberapa sentuhan di bahagian dalam.

Tiada maklumat terperinci diberikan, namun dari imej-imej ini, dapat dilihat ianya dilengkapi dapur memasak sendiri sekiranya anda ingin membawanya berjalan jauh dari bandar pada hujung minggu.

Tidak dikatakan sebarang perubahan pada enjin. Jika dilihat pada Zafira Life, ia dipacu enjin 2.0-liter diesel turbo dengan 150PS dan 370Nm tork. Transmisi pula ialah manual 6-kelajuan.

World premiere

Irmscher is3 "Black Phantom" – exclusive limited special edition model – get one !

Posted by Irmscher UK Ltd on Tuesday, July 14, 2020

Apa pendapat anda mengenai van sporti ini? Adakah anda berminat menjadi lain dari yang lain?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here