Adakah benar Yamaha bakal hasilkan YZF-R25M?

2650

Khabar angin yang kami terima dari negara jiran, Yamaha sedang mengusahakan jentera inline-four 250cc. Kalau benar berlaku nampaknya Kawasaki Ninja ZX- 25R bakal menghadapi pesaingan hebat. Jentera yang sedang diusahakan bakal dinamakan YZF-R25M.

Namun sehingga kini belum ada pengumuman rasmi dari Yamaha tentang perkembangan projek YZF-R25M.



Mungkin betul dan mungkin juga sekadar khabar angin, tetapi desas-desus yang datang dari negara sasaran pasaran Kawasaki Ninja ZX-25R iaitu Indonesia menguatkan lagi alasan kabar angin tersebut. Indonesia merupakan sasaran pengeluar motosikal terbesar.

Namun jika program jentera Yamaha YZF-R25M menjadi kenyataan, kemungkinan Yamaha akan memulakan pengeluaran versi Street Bike. Ini kerana varian “M” merupakan kelas yang tinggi dan untuk litar.

Kawasaki Ninja ZX25R Inline Four

Besar kemungkinan penggunaan huruf “M” agak tidak sesuai. Begitu juga dengan desas-desus yang kami dengar tentang persiapan oleh pengeluar Honda. Menurut sumber, Honda kini dalam proses mempersiapkan jentera terkini mereka dalam kelas 250cc.

Menurut sumber, jentera inline-four 250cc tersebut di kenali sebagai Honda CBR250RR-R. Pengunaan huruf R di hujung adalah bagi membezakan enjin 2-silinder dan 4-silinder.

Honda CBr250RR-2020

Andai ianya menjadi kenyataan, maka semakin hebat saingan pasaran motosikal dengan enjin inline four 250cc.

Kita mengharap agar ianya menjadi kenyataan. Tidak menjadi satu kesalahan jika seorang peminat tegar dua roda memantau akan perkembangan semasa pengeluaran motosikal terkini yang semakin mencabar.

Sumber: iwanbanaran.com

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here