10,000 unit Lamborghini Urus telah dihasilkan sejak dua tahun diperkenalkan

1502

Selepas hanya dua tahun diperkenalkan, SUV dari Lamborghini iaitu Urus telah berjaya mencapai pengeluarannya yang ke-10,000.

Lamborghini Urus

Kilang Lamborghini yang terletak di Sant’ Agata Bolognese telah menghasilkan model dengan nombor casis ke-10,000 untuk pelanggan mereka yang berasal dari Russia. SUV tersebut kini disertakan dengan cat Nero Noctis Matt yang baru, digabungkan dengan pakej gentian karbon dan dua gabungan warna dari Ad Personam iaitu oren dan hitam.



Sejak diperkenalkan pada bulan Disember 2017, Urus telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peningkatan jualan Lamborghini. Pada tahun 2019 ketika ia pertama kali dipasarkan, 4,962 unit dari SUV ini telah berjaya dihantar kepada pelanggan. Hal ini menyumbang kepada 61 peratus daripada jumlah jualan Lamborghini pada tahun lepas.

Syarikat pengeluar dari Itali tersebut juga telah berjaya menjual sebanyak 1,761 unit Urus pada bulan Julai 2018. Mengikut anggaran, Urus sepatutnya setakat ini berjaya dijual sebanyak 3,277 unit dan membuat sebanyak 6,000 penghantaran menjelang akhir tahun 2020.

SUV ini dihasilkan di Manifattura Lamborghini, yang merupakan barisan pemasangan khas untuk Urus. Untuk memberi ruang yang selesa kepada kemudahan ini, Automobili Lamborghini telah meningkatkan keluasan tapak ibu pejabatnya dari 80,000 hingga 160,000 meter persegi.

Rangkaian pemasangan SUV ini juga disertakan dengan teknologi pengeluaran baru untuk menyokong pekerja sepanjang operasi pemasangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here