Putera Mahkota Dubai biarkan burung buat sarang pada Mercedes-AMG G63 miliknya

2417

Kotoran najis burung ialah musuh bagi cat kereta, dari mana-mana jenama sekalipun. Ini kerana kandungan dalam najis burung boleh merosakkan cat kereta.

Majoriti individu biasa akan segera membersihkan kereta jika terkena najis burung. Namun perkara ini tidak dilakukan oleh orang yang mempunyai nilai kekayaan yang melimpah ruah.



Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum ataupun sinonim dengan panggilan Fazza memuat naik beberapa gambar di Instagram Story miliknya yang memaparkan keretanya, Mercedes-AMG G 63 dijadikan sarang oleh seekor burung merpati.

Mercedes-AMG G 63

Fazza dikenali mempunyai sifat cintakan alam sekitar, menyebabkan dia tidak tergamak untuk menghalau burung merpati yang membuat sarang pada keretanya.

Dia juga bahkan meletakkan kon di sekeliling kereta untuk melindungi sarang dan burung merpati tersebut. Nampaknya, kereta itu tidak akan digunakan untuk kegunaan hariannya.

Dengan memiliki aset yang dianggarkan mencecah sehingga USD400 juta (RM1.6 bilion), dia semestinya mempunyai pelbagai pilihan untuk memiliki kereta terbaik di dunia.

Berdasarkan pada keadaan bonet hadapan Mercedes-AMG G 63 kelihatan agak berhabuk, kereta ini nampaknya agak jarang digunakan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here