Gulfstream G550, jet peribadi Tiger Woods yang berharga RM262 juta

1937

Tiger Woods memiliki salah sebuah jet peribadi terbaik di dunia yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah.

Tiger woods

Bintang golf yang berasal dari Amerika Syarikat tersebut difahamkan membeli jet yang dikenali sebagai Gulfstream F550 tersebut dengan harga sekitar £48 juta (RM262.1 juta).



Jet ini mampu terbang sehingga 12,499km dan mencapai kelajuan tertinggi pada 1,094km/j. 

Juara dunia ini juga menambahkan beberapa ciri yang sangat mewah pada bahagian dalam jet tersebut.

Antaranya ialah bilik tidur, bilik almari pakaian, bilik mandi yang luas dan ruangan makan yang sangat elegan untuk dirinya dan kekasih, Erica Herman.

Selain itu, jet ini juga boleh menampung sebanyak 18 penumpang. Ia juga boleh dijadikan pejabat kerana dilengkapi sepenuhnya dengan rangkaian internet. 

Tiger Woods pernah menggunakan jet ini sejauh lebih 12,000km tanpa mengisi minyak, ketika dia menghadiri satu kejohanan dan terbang kembali ke kediamannya yang terletak di Florida, Amerika Syarikat.

Tiger woods

Jet ini juga akan sering digunakan, ketika dia tidak menggunakan kapal layar mewah peribadinya yang berharga £15 juta (RM81.9 juta).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here