Tiger Woods terlibat kemalangan, Genesis GV80 dipandu rosak teruk

933

Bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan Genesis GV80 dipandunya mengalami kerosakan teruk, kata Jabatan Polis Los Angeles.

tiger woods

Woods yang memandu bersendirian, berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba serta paramedik dan mengalami beberapa kecederaan di bahagian kaki, kata ejen pemain itu.



“Dia kini menjalani pembedahan dan kami berterima kasih atas sokongan anda,” kata Mark Steinberg, ejen Tiger Woods.

tiger woods

Woods dikejarkan di sebuah hospital tempatan untuk rawatan lanjut. Kemalangan berhampiran Los Angeles itu tidak membabitan kenderaan lain.

Imej televisyen menunjukkan kereta itu berada di atas rumput di tepi jalan dan bahagian depan SUV itu rosak teruk.

Woods, seorang daripada pemain golf paling berjaya di dunia, menang 15 kejuaraan utama.

Dia baru-baru ini menjalani pembedahan belakang buat kali kelima dan berkata belum pasti boleh bermain pada Kejuaraan Masters yang kali terakhir dimenangi pada 2019.

Menurut laporan TMZ, bintang berusia 45 tahun itu berada di kawasan itu untuk menghadiri kejohanan Genesis Invitational di Riviera Country Club.

“Kami sudah dimaklumkan mengenai Tiger Woods yang mengalami kemalangan kereta hari ini,” kata Pesuruhjaya Jelajah PGA, Jay Monahan dalam satu kenyataan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here