“Ingatkan tali apa depan cermin”, Ustaz Mohd Kazim Elias cemas ular ‘tumpang’ naik kereta

1877

Siapa saja yang tidak panik atau cemas jika ternampak ular melintas di depan mata?

Lagi kelam kabut sekiranya perkara ini berlaku jika anda sedang memandu. Kemungkinan besar, anda akan terlibat dalam kemalangan kerana terkejut melihat ‘tetamu yang tak diundang’ itu. 



Begitulah situasi yang dialami oleh penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.

Ustaz Kazim

Berkongsi detik-detik cemas itu menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Kazim berkata reptilia berkenaan muncul di hadapan cermin kenderaan yang dipandunya.

“Ingatkan tali apa dok melenggok-lenggok depan cermin. Sekali dia dongak rupa-rupanya ular… adoi. Alhamdulillah sib (nasib) baik tak panik,” katanya.

Enggan mengambil risiko yang mungkin membahayakan keselamatan, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan ular berkenaan.

Walau bagaimanapun, usaha pencarian menemukan haiwan berkenaan di dalam kenderaan yang dinaikinya tidak berhasil.

“Dah la jenis penakut ke ular. Sakit jantung ni. Apa pun terima kasih pasukan bomba dan penyelamat yang datang tadi,” katanya.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman berdepan dengan haiwan yang sama ketika berada di dalam kenderaan.

Bagaimanapun di sebalik komen yang mendoakan keselamatan perjalanan Ustaz Kazim, ada juga segelintir netizen yang mengaitkan situasi tersebut dengan unsur mistik dan meminta penceramah terkenal itu berhati-hati.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here