Tik Tok punya pasal, seorang lelaki dianggap ‘gila’ kerana berjoget di tepi jalan raya

1470

Penggunaan telefon bimbit di masa kini bukan sahaja tertumpu kepada menelefon orang lain semata-mata.

Dengan adanya pelbagai aplikasi suntingan video yang boleh kita muat turun dalam sekelip mata, ia membuatkan ramai orang mengisi masa lapang dengan membuat rakaman menarik.



Tanpa mengira tempat atau waktu, orang ramai juga kini begitu berani merakamkan gelagat berjoget sendiri meskipun diperhatikan orang sekeliling. Agaknya, itulah yang berlaku kepada seorang pemuda ini.

berjoget tepi jalan

Tidak pasti apakah tujuan sebenar, namun dia kelihatan sedang ligat berjoget betul-betul di tepi jalan yang dipenuhi kenderaan bergerak. Berdekatan pokok pisang, dia memberhentikan motosikal dan terus menari tanpa menanggalkan topi keledar terlebih dahulu.

Apa yang lucunya, adegan berkenaan berjaya dirakamkan kembali oleh seorang pemandu kereta dari jalan seberang.

Dengan nada penuh kerisauan, lelaki dengan akaun Facebook Mohamed Yusoff ini mula membebel panjang dan mempersoalkan aktiviti sebenar yang sedang dilakukan pemuda tersebut.

Tak cukup dengan itu, dialek Perak ‘pekat’ yang dituturkan lelaki berkenaan juga menambahkan kelucuan video berdurasi 25 saatnya.

Walaupun bernada biasa dan singkat sahaja, secara keseluruhan video tersebut sudah berjaya meraih hampir 679 ribu tontonan daripada netizen ketika artikel ini ditulis.

Selain mengakui terhibur, mereka juga beranggapan pemuda tepi jalan tadi sedang merakam aksinya untuk dimuat naik ke aplikasi TikTok seiring dengan trend masa kini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here