Mercedes C200 Coupe AMG Line 2020 lebih berkuasa dengan 204hp dan 300Nm, dilengkapi Mercedes me connect

1731

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mendedahkan C200 Coupe yang dikemaskini untuk 2020. Datang dalam varian AMG Line, C200 Coupe kini lebih berkuasa dengan 204hp dan 300Nm tork dari enjin 2.0-liter 4-silinder turbo.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 9G-TRONIC 9-kelajuan dan pacuan roda-belakang. Jadi ia membolehkan C200 Coupe ini memecut dari pegun ke 100km/j dalam 7.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 245km/j.



Satu lagi pembaharuan pada C200 Coupe 2020 ini ialah ia kini mendapat Mercedes me connect (Mmc) yang merupakan sistem keterhubungan terkini jenama itu.

Ia akan memudahkan kegunaan seharian seperti membuka kunci kereta, menghidupkan enjin dari jauh, mendapat khidmat sokongan pelanggan atau sekadar memeriksa tahap bahan api.

Mmc juga membolehkan anda membuat panggilan kecemasan E-call, diagnostik kenderaan dari jauh, kawalan pendingin hawa sebelum masuk kenderaan, sistem navigasi dan penjejak kenderaan di parkir.

Dengan kit AMG Line, rupa luaran C200 Coupe ini tampak sporti dan kemas. Ciri utama adalah gril dengan kemasan berlian, logo besar AMG dalam gril, apron depan AMG, kemasan hitam AMG di bampar belakang, lampu LED, dan rim aloi ringan AMG 5-cabang.

Kemasan AMG Line diteruskan di bahagian dalam, antaranya balutan kulit ARTICO, roda stereng sports dengan kulit Nappa, paddle-shifter, pedal sports AMG dan karpet AMG.

Harga untuk C200 Coupe AMG Line ialah RM336,129.38 (atas jalan, tanpa insurans). Seperti model-model lain dalam barisan MBM, C200 Coupe AMG Line ini boleh dibiayai dengan Agility Financing dari RM4,288 sebulan dan pilihan fleksibel untuk disesuaikan dengan bajet anda.

Untuk maklumat lanjut atau pandu uji, layari www.mercedes-benz.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here