Kereta dicuri depan mata ketika isi minyak, wanita ini hampir diseret ketika cuba kejar pencuri

2095

Jenayah curi kenderaan kerap kedengaran di media sosial. Menerusi satu perkongsian page I ♥ PAHANG di Facebook, satu kejadian kecurian kereta difahamkan berlaku di sebuah stesen minyak.

Apa yang mengejutkan, pencuri tersebut berani melakukan jenayah ini di tempat awam yang ramai orang, iaitu ketika pemilik sedang mengisi minyak keretanya.

kereta dicuri



Semasa kejadian, suspek iaitu seorang lelaki berbaju kelabu berjalan kearah kereta mangsa dan dengan selambanya masuk ke dalam kereta tersebut dan membawanya lari.

Menyedari kereta ingin dicuri, pemilik sempat berpaut pada pintu hadapan keretanya, namun pegangannya terlepas sebelum kereta tersebut bergerak lebih jauh.

Berdasarkan caption video dari page I ♥ PAHANG, berkemungkinan enjin kereta yang dicuri tersebut tidak dimatikan ketika minyak diisi, namun kami masih belum pasti ianya benar atau sebaliknya.

Kesimpulannya, ketika ingin mengisi minyak pastikan matikan enjin kenderaan anda untuk tujuan keselamatan dan cabut kunci kereta untuk mengelakkan kes seperti ini berlaku.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here