Kes curi kereta di stesen minyak: Pencuri berjaya ditahan pada hari yang sama

2270

Kes curi kereta di stesen minyak yang melibatkan seorang suspek lelaki berjaya diselesaikan oleh pihak polis pada hari yang sama.

curi kereta

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor, pada jam 1 petang semalam.



“Sebaik menerima laporan daripada mangsa, polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan.”

“Hasil siasatan itu, polis mengenalpasti identiti suspek dan meminta bantuan balai polis lain untuk membantu mengesannya.”

“Suspek yang memiliki rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan d4dah akhirnya ditahan anggota polis IPD Subang Jaya,” kata Mohd Yusri.

Suspek dibawa ke IPD Temerloh untuk disiasat yang dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran mereka setiap kali berurusan di stesen minyak bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Katanya, pengguna diingatkan supaya mematikan enjin kenderaan apabila ingin mengisi minyak dan mengunci kereta bagi tujuan keselamatan.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan kes curi kereta ketika pemiliknya sedang mengisi minyak.

Mangsa difahamkan tidak mematikan enjin kenderaan ketika mengisi minyak dan turut mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika cuba mengejar suspek yang sedang melarikan kereta miliknya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here