CR-V facelift 2020 bakal dilancar, dengan Honda SENSING, tempahan kini dibuka

1455

Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa CR-V 2020 bakal dilancar di negara ini tidak lama lagi, dan tempahan kini dibuka.

SUV bukan nasional paling laris ini bukanlah serba baharu, sebaliknya merupakan model facelift.



Di bahagian luar, Honda CR-V 2020 menerima gril serba hitam baharu, lampu depan LED, dan bampar hitam baharu dengan krom berbentuk sayap.

Di belakang juga terdapat sayap krom, serta kemasan paip ekzos. Gaya keseluruhan dilengkapkan dengan rim dwi-tona 18-inci baharu.

CR-V juga akan menerima ciri kemudahan baharu iaitu Hands-free Power Tailgate yang membolehkan anda membuka dan menutup pintu but dengan ‘menendang’ kaki di bawah bampar.

Dari segi janaan kuasa, SUV ini masih mengekalkan penggunaan unit 1.5-liter VTEC Turbo yang menghasilkan 193hp dan 243Nm tork, iaitu bersamaan dengan output enjin 2.4-liter. Transmisi juga dijangkakan akan kekal menggunakan CVT Earth Dreams.

Bagi varian AWD, ia akan masih mendapat ciri Intelligent Control System yang mengagihkan tork optima pada roda belakang untuk cengkaman dan kawalan lebih baik.

Untuk bahagian keselamatan, Honda CR-V facelift dilengkapi Honda SENSING yang merangkumi ciri-ciri seperti berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-Beam (AHB)

Tambahan itu, Honda LaneWatch dijadikan ciri standard pada CR-V, iaitu satu fungsi yang membolehkan pemandu memeriksa kawasan titik buta di sebelah kiri kenderaan.

Berminat? Anda boleh buat tempahan dengan menghubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here