Lelaki ini dihukum penjara kerana bergaduh dengan pemandu Uber sebab ‘kentut’

2772

Seorang lelaki berusia 35 tahun di United Kingdom dijatuhkan hukuman penjara kerana bergaduh dengan pemandu Uber. Pergaduhan tersebut difahamkan berpunca dari lelaki tersebut, yang telah kentut di dalam kereta.

pemandu uber bergaduh

Pemandu Uber yang dikenali sebagai Aleksander Bonchev dikatakan membawa suspek, James Mallett ke sebuah kel4b malam yang terletak di Kingswood, South Gloucestershire.



Ketika dalam perjalanan, Mallet yang sedang m4buk telah kentut di dalam kereta yang dipandu oleh Bonchev. Menyedari perbuatan tersebut, Bonchev kemudian meminta Mallet untuk keluar dari kereta.

Walau bagaimanapun, setelah keluar dari kereta, Mallet menawarkan diri untuk bergaduh dengan Bonchev dengan memukulnya di kepala, namun Bonchev berjaya menjatuhkannya dengan niat mempertahankan diri.

gambar hiasan

Setelah insiden tersebut, Mallett ditahan dan mengaku bersalah kerana melakukan serangan. Dia dijatuhkan hukuman penjara enam bulan, diperintahkan untuk membayar USD650 (RM2.7k) sebagai pampasan dan melakukan kerja tanpa gaji selama 120 jam.

Menurut peguam, David Scutt yang mewakili Bonchev, pelanggannya menerima panggilan untuk mengambil Mallett dan tiga penumpang yang lain. Ketika dia memandu, tertuduh ‘melepaskan angin’. Bonchev menganggapnya keterlaluan dan meminta mereka semua meninggalkan kenderaan.

Bonchev, selepas insiden tersebut mengalami patah jari dan terpaksa berhenti kerja dan tidak mampu membayar ansuran keretanya. Dia juga bahkan tidak mampu membayar sewa rumah dan akhirnya kehilangan tempat tinggal dan kembali ke rumahnya di Bulgaria.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here