Kena tendang keluar lepas bergerak 2km, pelanggan Uber ini perlu bayar caj tak masuk akal!

1914

Kebanyakan pengguna terutamanya di kawasan pusat bandar memilih perkhidmatan e-Hailing bagi memudahkan pergerakkan selain tidak perlu mencari lokasi parkir.

Namun, bagi pengguna Uber United Kingdom ini lain pula terjadi apabila dia perlu membayar tambang yang tidak masuk akal. Bagi perjalanan sejauh 2.8km dia perlu membayar caj sebanyak £332 (RM1931).



Pelanggan yang hanya dikenali sebagai AG itu berkata dia menggunakan perkhidmatan e-Hailing bersama dua rakannya ke lokasi hentian biasa. Namun, apabila dia meminta menggunakan laluan yang biasa digunakan, pemandu berkenaan menolak.

Bukan itu saja pemandu Uber itu malah menyuruh mereka keluar dari kereta. Lebih parah keesokannya AG melihat sejumlah RM1931 sudah ditolak dari akaunnya.

Rupanya pemandu tersebut tidak menamatkan perjalanan dan meter terus dihidupkan selama 16 jam 27 minit yang menyebabkan kepada caj berlebihan.

Menurut laman web Prestige Car Hire berpangkalan di London, dengan caj tersebut AG boleh menyewa Porsche 911 Carrera S selama 24 jam pada harga  $455 (RM1925) untuk perjalanan sejauh 200km.

Lebih menyedihkan talian perkhidmatan pelanggan Uber tidak dapat membantu AG mendapatkan kembali wangnya lalu dia membawa kes berkenaan ke pihak The Guardian.

Seperti kebiasaannya setelah mendapat perhatian media dan tular, barulah ada tindakan dari Uber dan AG menerima semula wangnya. Sayangnya itu mungkin kali terakhir AG menggunakan servis tersebut dan bertukar kepada Lyft.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here