Jumlah saman melebihi harga motosikal, lelaki ini selamba ‘sedekah’ skuter kepada polis

2064

Seorang penunggang motosikal di India disaman oleh pihak polis kerana melakukan kesalahan lalu lintas. Apa yang mengejutkan, jumlah saman tersebut sangat banyak hingga melebihi harga motosikal miliknya.

Dikenali sebagai Arun Kumar, dia yang merupakan seorang penjual sayur ditahan berhampiran balai polis Madiwala di Bangalore, ketika menunggang sebuah skuter jenis Honda Dio.



Pegawai polis kemudian memeriksa nombor plat Honda Dio yang ditunggang dalam pangkalan data polis trafik, dan mendapati bahawa skuter tersebut mempunyai 77 jumlah saman terkumpul yang berjumlah RS42,500 (RM2.3k).

saman motosikal

Ketika diminta untuk membayar kesemua jumlah saman tersebut, Arun Kumar bertindak meninggalkan skuter tersebut kepada pihak polis.

Ini kerana, harga Honda Dio hanya RS30,000 (RM1.6k) dan Arun berkata tidak mungkin dia akan membayar jumlah saman melebihi harga skuter tersebut.

Menurut pihak polis, skuter tersebut kemudian disita dan kebanyakan saman yang direkodkan adalah pada dua tahun lepas.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah melanggar lampu isyarat dan membawa dua pembonceng.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here