Puspakom Kota Kinabalu ditutup selepas kakitangan disahkan positif Covid-19

1576

Bermula semalam, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) Kota Kinabalu ditutup selepas seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

puspakom covid-19

Tindakan ini bagi mengelakkan penularan Covid-19 dalam kalangan kakitangan dan pelanggan yang berurusan di cawangan berkenaan.



Menurut jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan Puspakom, ia juga bagi membolehkan kerja sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh dijalankan.

“Seorang kakitangan Puspakom Kota Kinabalu disahkan positif Covid-19 dan dia kini sedang mendapatkan rawatan serta dikuarantin di sebuah hospital kerajaan.

“Proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan dan semua kakitangan cawangan juga akan diuji, manakala mereka yang pernah berhubung secara langsung dengan pesakit terbabit sudah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, katanya.

puspakom covid-19

Tarikh pembukaan Puspakom Kota Kinabalu difahamkan akan dimaklumkan kepada orang ramai kelak.

“Pihak kami akan mendapatkan nasihat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kelonggaran pembaharuan permit untuk kenderaan yang tamat tarikh pemeriksaan dalam tempoh penutupan Puspakom Kota Kinabalu.

“Semua bayaran tempahan pemeriksaan yang sudah dibuat akan dipulangkan secara automatik kepada pelanggan, katanya.

Tambahnya, sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here