Pagani Huayra Roadster rosak teruk, pemandu cedera ringan setelah terlibat dalam kemalangan

2142

Seorang bintang Youtube Amerika Syarikat berusia 17 tahun mengalami cedera ringan setelah terlibat dalam kemalangan ketika memandu sebuah hypercar milik bapanya.

Dikenali sebagai Gage Gillean, dia yang merupakan pemilik kepada akaun Youtube GG Exotics difahamkan terlibat dalam kemalangan ketika memandu sebuah Pagani Huayra Roadster di Dallas, Texas pada 17 November lalu.



Huayra Roadster berwarna ungu yang hampir sepenuhnya disertakan dengan gentian karbon dikatakan total loss setelah kejadian tersebut. Hypercar ini dianggarkan bernilai sehingga USD3.4 juta (RM13.9 juta).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HD Car Media (@car.idea)

Untuk makluman, Pagani hanya pernah menghasilkan sebanyak 100 unit model Huayra Roadster, dan unit yang terlibat dalam kemalangan ini merupakan satu-satunya unit yang disertakan dengan gentian karbon yang berwarna ungu.

Hypercar ini difahamkan milik ayah Gage, Tim Gillean yang merupakan seorang pengusaha dari Texas yang mengasaskan firma ekuiti sendiri. Tim Gillean dikatakan turut memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk Bugatti Chiron, Rolls-Royce Dawn dan McLaren Senna.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tim Gillean (@tim_gillean)

“Sesuatu yang tidak diingini berlaku. Terima kasih Tuhan atas peluang kedua untuk meneruskan hidup. Kemalangan ini boleh menyebabkan kecederaan yang lebih teruk bahkan kematian,” kata Gage Gillean.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat saya yang terus sentiasa memberi sokongan. Itu sangat bermakna,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here