Nayla Abu Jubbah, pemandu teksi wanita pertama di Semenanjung Gaza

1296

Seorang ibu kepada lima anak di Palestin, Nayla Abu Jubbah kini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemandu teksi wanita pertama di kawasan Semenanjung Gaza.

pemandu teksi wanita

Untuk makluman, di Palestin, wanita diberikan hak sama rata untuk memandu seperti lelaki, namun kerjaya sebagai pemandu teksi didominasi golongan lelaki.



“Pada suatu hari saya berbual dengan seorang rakan yang bekerja sebagai pendandan rambut dan saya dan meminta pandangannya jika kami mulakan perkhidmatan teksi untuk wanita. Dia mengatakan itu adalah idea yang gila, kata Nayla.

pemandu teksi wanita

Wanita berusia 39 tahun itu juga difahamkan membeli sebuah kereta hasil jualan harta peninggalan arwah bapanya dan memasang niat untuk memudahkan golongan wanita Palestin pergi ke destinasi ingin dituju dengan selamat.

“Saya pernah memasang niat memanfaatkan kereta yang ada untuk digunakan bagi tujuan kerja. Maka, terlaksanalah projek teksi yang perkhidmatannya khusus untuk wanita, katanya.

Tambah Nayla, dia tidak mengambil tambang selesai setiap perjalanan, sebaliknya penumpang perlu membuat bayaran awal ketika membuat tempahan.

“Saya akan mengambil pelanggan dan membawa mereka ke destinasi seperti salun rambut atau ke majlis perkahwinan. Saya bercadang memperluas projek ini pada masa depan.

“Malah, ada wanita menghubungi saya memberitahu minatnya menjadi pemandu teksi, katanya.

Sementara itu, salah seorang penumpangnya, Aya Saleem teruja apabila melihat adanya teksi khusus untuk wanita.

“Kita tinggal dalam komuniti masyarakat yang konservatif jadi (saya) selesa untuk berbual apabila bersama pemandu wanita. Diharap, lebih ramai pemandu teksi wanita berada di jalanan kelak, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here