Utama Berita Automotif NX150S skuter moden bawah harga pasaran

NX150S skuter moden bawah harga pasaran

5

MForce Bike Holdings (MForce) melancarkan WMoto NX150S petang semalam, dengan kejutan harga yang ditawarkan bagi model itu sangat berpatutan.

Skuter yang mencuri tumpuan itu ditawarkan pada harga hanya bermula RM6,688.

Berbanding kebanyakan skuter 150cc lain dijual dengan harga RM8 ribu ke atas, NX150S hadir dengan harga bawah RM7 ribu dan didatangkan bersama ciri keselamatan moden seperti ABS dan traction control secara standard.

NX150S juga menawarkan tangki bahan api berkapasiti 15L – bersamaan dengan model SYM Husky 150.

Antara ciri lain NX150S adalah, ia menawarkan 15.8hp pada 8,500rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm menerusi enin satu silinder 149.6cc dengan sistem penyejukan cecair.

Suspensi pula adalah gandingan fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • panel meter digital LCD
  • keyless
  • lampu LED penuh
  • pengecas USB Type-A dan Type-C
  • ruang simpanan berkapasiti 19L

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here