Utama Berita Automotif JPJ sita 149 motor, terbongkar geng tiada brek belakang makin menular

JPJ sita 149 motor, terbongkar geng tiada brek belakang makin menular

10

Ada golongan ‘mat rempit’ dikesan sengaja tidak memasang brek belakang bagi meringankan beban motosikal sekaligus menambah kelajuan.

Selain itu, ada yang mendakwa tindakan tidak memasang brek belakang motosikal adalah trend terkini golongan berkenaan ketika berada di atas jalan.

Tindakan berbahaya itu terbukti apabila sebahagian besar motosikal tidak memiliki brek belakang ketika ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melakukan operasi Ops Mat Rempit sekitar Dataran Jambatan Angkat, Teluk Ketapang dan laluan pantai Seberang Takir, Kuala Nerus, malam kelmarin.

Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion, berkata operasi berkenaan bertujuan membanteras aktiviti rempit yang kembali menular dalam kalangan remaja dan belia.

Selain aktiviti ‘rempit’, pihaknya turut memandang serius isu nombor pendaftaran motosikal bersaiz amat kecil selain ada yang langsung tidak memasangnya.

“Kita akan memberi tumpuan terhadap dua isu ini berikutan golongan ini kerap melakukan pengubahsuaian ekstrim termasuk penggunaan tayar `sotong’,” jelasnya. 

‎Zamri menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap kesalahan melibatkan dua isu berkenaan kerana ia boleh menghalang pengesanan motosikal yang terlibat dalam aktiviti berbahaya.

Tambah beliau, JPJ Terengganu sudah menjalankan pemeriksaan terhadap 14,279 motosikal dan sebanyak 3,728 daripadanya dikenakan tindakan sepanjang suku pertama tahun ini. 

“‎Sebanyak 524 kes membabitkan kesalahan nombor pendaftaran dan 111 kes pengubahsuaian secara ekstrim. Sebanyak 149 motosikal turut disita manakala 5,606 saman dikeluarkan,” katanya.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here