Bangunan parkir roboh, banyak kereta mewah rosak teruk!

1621

Pada bukan Oktober lalu, sebuah bangunan parkir kereta di Arab Saudi roboh. Disebabkan hal tersebut, beberapa buah kereta termasuk kereta mewah mengalami kerosakan yang teruk akibat ditimpa oleh runtuhan.

bangunan parkir roboh

Berdasarkan video tular di laman Twitter, kelihatan bahagian bumbung sebuah BMW E63 6-Series seakan ‘rata’ dan masuk ke dalam ruangan kabin. Video yang sama turut memaparkan kesan runtuhan masih lagi berada pada sepasang SUV Porsche.



Kekuatan hentaman dari runtuhan mungkin sangat kuat sehingga kenderaan tersebut hampir tidak dapat dikenal pasti. Namun, berdasarkan huruf terakhir yang masih melekat pada SUV tersebut, ianya mungkin merupakan model Cayenne.

bangunan parkir roboh

Beberapa kenderaan lain yang turut terjejas hampir tidak dapat dikenal pasti. Kesemua kenderaan tersebut rosak teruk, termasuk sistem suspensi, tayar dan reka bentuk secara keseluruhan.

Tidak begitu banyak laporan mengenai kejadian ini dan menurut Saudi 24 News, pada bulan Oktober lalu rakaman video kejadian dikongsi oleh seorang aktivis.

bangunan parkir roboh

Punca runtuhan tempat parkir tersebut masih belum dikenal pasti, dan menurut GDN Online, seorang jurutera iaitu Abdullah Abu Habla, yang sedang berjalan menuruni tangga ketika kejadian, berjaya keluar tanpa sebarang kecederaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here