Bugatti Chiron jadi koleksi terbaharu bintang Real Madrid, Karim Benzema

2437

Karim Benzema terkenal dengan minatnya terhadap kereta mewah. Bukanlah suatu perkara yang pelik jika Benzema mempamerkan gambarnya bersama kereta mewah di laman Instagramnya.

karim benzema
Karim Benzema

Ini kerana, bintang Real Madrid tersebut difahamkan memiliki banyak koleksi kereta mewah, dan baru-baru ini, Benzema dikatakan menambah sebuah hypercar dalam koleksi tersebut iaitu Bugatti Chiron.

Untuk makluman, Bugatti Chiron dikuasakan oleh enjin W16 8.0-liter quad-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 1,500hp dan 1,600Nm tork.



 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Karim Benzema (@karimbenzema)

Hypercar bernilai £2.5 juta (RM13.6 juta) ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.4 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 420km/j.

Dengan gaji sebanyak £274,000 (RM1.49 juta) seminggu, bukanlah suatu perkara yang pelik jika Benzema memiliki banyak koleksi kereta mewah.

Selain itu, penyerang Perancis ini juga dikatakan memiliki Mercedes Benz-SLR edisi istimewa Stirling Moss.

karim benzema

Kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 5.4-liter yang mampu menghasilkan sebanyak 651hp pada 6,500rpm dan 820Nm tork pada 4,000rpm. Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 349km/j.

Antara kereta mewah lain yang terdapat dalam koleksi Karim Benzema ialah Ferrari 458 Spider, Audi RS6 Avant C7, Audi Q5 dan Rolls-Royce Cullinan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here