Kanak-kanak berbasikal di jalan raya hampir dilanggar kereta

1548

Sudah menjadi tanggungjawab besar buat ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak terutama yang masih kecil supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

kanak-kanak hampir dilanggar
gambar hiasan

Namun, masih ada segelintir ibu bapa yang cuai dalam memberi perhatian penuh kepada anak-anak sehinggakan tidak sedar anak ‘hilang’ di depan mata.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang kanak-kanak lelaki yang hampir dilanggar oleh sebuah kereta gara-gara bermain basikal di tengah jalan.



Kejadian itu difahamkan berlaku di Jalan Changkat Jering, Pantai Remis, Perak pada pukul 4.25 petang, 2 Januari lalu.

Melalui rakaman dashcam pemilik kenderaan tersebut, dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun sedang berbasikal di tepi jalan sebelum secara tiba-tiba dia meluru ke tengah jalan.

Saksi yang memandu kereta di belakangnya hampir melanggar kanak-kanak tersebut, namun sempat menekan brek kecemesan dan masuk ke laluan bertentangan.

Penunggang motosikal yang turut ternampak kejadian itu segera berhenti sebelum membawa kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan, bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih perhatian warganet sehingga rata-ratanya meluahkan rasa bimbang dan tidak berpuas hati dengan kecuaian ibu bapa kanak-kanak itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here