Malaysia Airlines tawar tambang murah sempena Tahun Baharu Cina

1058

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Malaysia Airlines kini menawarkan tambang murah untuk sehala bagi kelas ekonomi ke semua destinasi domestik bermula semalam hingga 17 Januari.

tambang murah malaysia airlines
gambar hiasan

Tempat duduk yang ditawarkan itu untuk tempoh perjalanan dari 4 Februari hingga 25 Februari.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pengguna Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May, promosi berkenaan menawarkan harga berpatutan kepada penumpang, membolehkan mereka bertemu anggota keluarga pada musim perayaan akan datang yang juga cuti umum pertama bagi 2021.



“Pelanggan boleh menikmati tambang sehala serendah RM129 untuk penerbangan domestik di Semenanjung Malaysia dan RM169 serta RM189 untuk penerbangan ke dan dari Sarawak dan Sabah,” kata Lau.

“Tambang murah ini tersedia untuk semua tempat duduk bagi penerbangan terpilih. Ia menawarkan nilai terbaik kepada pengembara yang mahu pulang bercuti atau bagi mereka yang berhasrat untuk percutian dalam waktu singkat,” tambahnya.

Lau berkata, penumpang juga dapat menikmati pengalaman perjalanan kelas ekonomi yang lebih baik apabila mereka memilih tambang MH Flex Economy yang memberikan penumpang fleksibiliti akses perubahan tarikh, melakukan tempahan semula, elaun bagasi daftar masuk hingga 35kg dan pemilihan tempat duduk standard percuma serta perlindungan perjalanan asas.

tambang murah malaysia airlines

MH Flex Economy juga menyediakan keistimewaan dengan membolehkan penumpang menaiki penerbangan lebih awal pada hari yang sama secara percuma dan faedah tambahan seperti perkhidmatan khusus untuk pendaftaran masuk, pengurusan bagasi dan pelepasan.

Katanya, pihaknya memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines mempunyai protokol keselamatan dan kebersihan yang ketat, termasuk kerja-kerja nyahkuman kerap dilakukan sepanjang perjalanan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat untuk penumpang.

Sementara itu, bagi mereka yang mencari pakej penerbangan dan hotel, cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays, menawarkan pakej ‘Staycation’ di seluruh negara dengan potongan harga untuk penginapan hotel hingga 25 peratus untuk perjalanan sehingga 31 Julai.

Tempoh tempahan untuk tawaran Staycation mulai semalam sehingga 10 Januari.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here