Ini dia Suzuki Hayabusa 2021, kelajuan maksimum 300km/j!

2503

Salah satu superbike paling popular pernah dihasilkan iaitu Suzuki Hayabusa, kini telah direka bentuk semula untuk model tahun 2021.

Suzuki Hayabusa 2021

Berdasarkan kejayaan dua generasi sebelumnya, model terbaharu ini kini disertakan dengan lebih dari 550 komponen baharu yang masih memudahkannya untuk dikenali, ciri aerodinamik yang lebih baik dan reka bentuk cermin yang baharu.



Superbike ini juga kini mendapat lampu hadapan LED yang lebih tersusun, dimana ia diposisikan antara dua ruang kemasukan udara pada bahagian hadapan.

Suzuki Hayabusa 2021

Selain itu, lampu LED pada bahagian belakang, ekzos berkembar dengan lapisan krom dan meter analog yang diposisikan bersama paparan TFT tutut disediakan.

Suzuki Hayabusa 2021 mampu memberikan pengalaman menunggang yang lebih selamat dan selesa, hasil daripada alat bantuan elektronik yang disediakan seperti lean angle-sensitive ABS, hill-start assist, traction control, engine brake control, launch control, cruise control, active speed limiter, dan bi-directional quick shifter

Suzuki Hayabusa 2021

Drive Mode Selector Alpha dari Suzuki, yang menyediakan akses ke pelbagai mod menunggang, juga turut disediakan.

Selain cakera brek yang lebih besar pada bahagian hadapan dan sistem suspensi baharu, casis generasi terbaharu Hayabusa ini juga telah ditingkatkan, dimana ia kini dibina dengan subframe baharu yang mampu menyumbang kepada penjimatan berat.

Suzuki Hayabusa 2021

Untuk prestasi, superbike ini dikuasakan oleh enjin 1,340cc empat silinder sebaris yang telah mematuhi piawaian pelepasan Euro 5.

Enjin ini mampu menghasilkan sehingga 187hp dan 150Nm tork. Dengan output tersebut, Hayabusa 2021 mampu mencapai kelajuan maksimum pada 300km/j.

Suzuki Hayabusa 2021 akan mula diedarkan kepada pengedar di seluruh United Kingdom mulai bulan depan, dan akan dijual pada harga USD22,499 (RM91,582).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here