Lagi kes pemandu mabuk, kali ini langgar motosikal hingga sebabkan kematian

1181

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh pemandu pacuan empat roda dipercayai mabuk di Jalan Persiaran Lestari Perdana, Seri Kembangan, baru-baru ini.

Dalam kejadian pada Jumaat jam 9:28 malam, mangsa berusia 22 tahun itu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di anggota badan.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, siasatan awal mendapati pemandu Toyota Hilux dari arah Puchong tidak berhenti sebelum memasuki bulatan Jalan Persiaran Lestari Perdana.

pemandu mabuk

“Kenderaan itu kemudian melanggar motosikal Honda EX5 ditunggangi mangsa yang sedang bergerak di bulatan berkenaan menghala ke Seri Kembangan menyebabkan penunggang itu terjatuh dan cedera parah,” kata Azman.

“Siasatan juga mendapati pemandu lelaki berusia 51 tahun terbabit bertindak melarikan diri dengan memandu laju, namun berjaya ditahan orang awam yang berjaya mengejarnya,” tambahnya.

Katanya, polis yang menerima laporan kejadian bergegas ke lokasi dan menahan suspek berkenaan. Ujian pengesanan alkohol mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi kadar dibenarkan.

Lanjut Azman, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabkan kematian boleh dipenjara 10 tahun hingga 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here