Tambahan 15 laluan Bas Perantara LRT bermula 18 Feruari

1662

Rapid Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memperluas perkhidmatan Bas Perantara LRT berwarna merah jambu kepada 15 laluan tambahan, bermula 18 Februari ini.

Bas Perantara LRT

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij, tindakan diambil berikutan sambutan menggalakkan daripada pengguna.



Katanya, inisiatif itu adalah kesinambungan projek perintis menggunakan bas berwarna merah jambu yang bermula pada 3 September 2020, membabitkan penambahbaikan perkhidmatan Bas Perantara LRT di sepanjang 10 laluan menghubungkan pengguna ke Stesen LRT Gombak, Taman Melati, Sri Rampai, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Dato’ Keramat.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan,” kata Muhammad Yazurin.

“Dengan penampilan baharu ini, kami mendapati bahawa pelanggan dan orang ramai lebih senang membezakan di antara bas Perantara LRT dan bas Rapid KL biasa,” tambahnya.

Lanjut Muhammad Yazurin, maklum balas positif daripada pengguna dalam satu kaji selidik memberi keyakinan kepada pihaknya untuk meneruskan program ini.

Katanya, menerusi kaji selidik itu, 81 peratus responden menyatakan mutu perkhidmatan meningkat dalam pelbagai aspek seperti lebih senang dicam, pematuhan jadual, kekerapan dan ketersediaan bas.

Beliau berkata, 92 peratus daripada responden turut mengesyorkan perkhidmatan terbabit kepada orang ramai.

“Berpandukan kepada penemuan itu, Rapid Bus akan membahagikan pelaksanaannya kepada beberapa peringkat yang akan membabitkan penyusunan semula operasi bas, penjadualan dan kekerapan menurut permintaan.

“Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas Perantara LRT berwajah baharu bagi 15 laluan itu akan dikongsikan kepada orang ramai melalui saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi perancang perjalanan PULSE Prasarana, yang boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store,” jelasnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here