Sylvester Stallone kini pemilik Chevrolet C8 Corvette Stingray

1452

Sesetengah orang sudah tentu akan terpikat apabila melihat sebuah Chevrolet C8 Corvette Stingray, termasuk pelakon terkenal, Sylvester Stallone.

Pelakon kelahiran Amerika Syarikat baru-baru ini difahamkan membeli supercar tersebut dalam varian Convertible.

Chevrolet C8 Corvette Stingray



Stallone difahamkan membeli C8 Corvette Stingray tersebut dari Chevrolet Buick GMC Cadillac of Murfreesboro yang terletak di Murfreesboro, Tennessee.

“Kami sangat bangga dan merasa terhormat kerana Sylvester Stallone kini menjadi salah satu pelanggan kami,” tulis pengedar itu dalam satu catatan di Facebook.

Chevrolet C8 Corvette Stingray

Corvette milik Stallone disertakan dengan warna Rapid Blue dan dilengkapi dengan roda aluminium Spectra Grey 5-spoke.

Walau bagaimanapun, Corvette milik pelakon ini tidak dilengkapi dengan Z51 Performance Package.

Ini bermakna keretanya tiada electronic limited-slip differential, sistem brek yang lebih besar, nisbah gear lebih pendek, dan tayar Michelin Pilot Sport 4S ZP Z51.

Chevrolet C8 Corvette Stingray

Bahagian dalaman supercar ini sepadan dengan bahagian luarannya, dimana ia disertakan dengan gabungan warna hitam dan biru.

Untuk makluman, Chevrolet C8 Corvette Stingray dikuasakan oleh enjin V8 6.2-liter yang mampu menghasilkan sehingga 495hp dan 637Nm tork.

Secara keseluruhan, supercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 312km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here