BMW F 850 GS 40 Years Edition kini di Malaysia, unit terhad, RM85.5k

990

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan edisi istimewa untuk motosikal adventure mereka iaitu F 850 GS 40 Years GS Edition.

Ia simbol penghormatan kepada tunggangan premium siri motosikal itu selama 40 tahun, dan dijual pada harga RM85,500, termasuk dengan jaminan 3 tahun.



Edisi istimewa F 850 GS ini didatangkan dengan pakej Comfort, Touring, Dynamic dan Active sebagai standard, yang menampilkan pelbagai kelengkapan bagi motosikal jelajah yang terunggul ini.

Ia juga hadir dengan warna hitam kuning, rim berwarna emas, pelindung tangan berwarna kuning, serta pelitup radiator GS. Lampu depan, DRL dan signal semuanya terdiri dari LED.

Untuk membezakannya dengan motosikal sedia ada, terdapat juga tulisan “40 Years GS” di bahagian sisi.

Di belakang pula, F 850 ini dilengkapi rak muatan serta tempat duduk yang juga berwarna hitam-kuning, lengkap dengan jata GS.

Jentera edisi istimewa ini ditawarkan eksklusif dengan warna Black Storm Metallic, dan hanya boleh didapati tahun ini dalam jumlah terhad.

BMW F 850 GS ini mengekalkan unit 853cc dua-silinder dengan sejukan cecair yang mampu menjana 95hp dan 9Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

Dari segi teknologi, F 850 GS dilengkapi sistem ABS Pro, Dynamic Traction Control, serta Dynamic Electronic Suspension Adjustment.

Panel instrumen BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu memaparkan pelbagai informasi melalui skrin TFT 6.5 inci, yang dapat dilihat dengan jelas walaupun dalam kondisi pencahayaan yang mencabar.

Fungsi ‘Connectivity’ juga ditawarkan sebagai standard bagi BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu akan disediakan di semua premis wakil pengedar BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai hari ini, 10 Februari 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here