Wanita pandu lawan arus jadi punca kemalangan libatkan empat kenderaan

1072

Tindakan seorang wanita memandu kereta secara melawan arus menyebabkan berlaku kemalangan dengan tiga kenderaan lain di susur Jalan Perusahaan Perai, Seberang Perai, petang semalam.

gambar hiasan

Dalam kejadian pada jam 6:20 petang itu, semua mangsa terbabit dalam kemalangan berkenaan termasuk pemandu wanita itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, polis dimaklumkan kejadian itu pada jam 6:30 petang membabitkan tiga pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal.



“Ketika polis tiba, semua mangsa dilaporkan cedera sudah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” kata Shafee.

melawan arus

“Berdasarkan siasatan, kemalangan dipercayai berlaku susuan tindakan seorang wanita berusia 31 tahun yang memandu melawan arus dan kemudian melanggar dua kereta dipandu lelaki masing-masing berusia 26 dan 29 tahun serta seorang penunggang motosikal berusia 31 tahun yang datang dari arah hadapan,” tambahnya.

Beliau berkata, siasatan lanjut kes itu dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ini menjadikan tiga kejadian kenderaan melawan arus dilaporkan berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here