Remaja biadap, aniaya warga emas dengan wheelie motosikal

1761

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini, satu video memaparkan seorang remaja dengan sengaja menganiaya seorang lelaki tua ketika dia hendak membonceng motosikal.

gambar hiasan

Rakaman berdurasi 21 saat itu dirakam dengan gelak ketawa oleh sekumpulan remaja lain dipercayai rakan remaja yang menunggang motosikal tersebut.

Menurut salah seorang pengguna media sosial Wan Azwan berkata, “Kepada pihak atasan tolong kutip budak ini. Kurang ajar dia memang mengalahkan Ayah Pin. Kau mempermainkan orang tua. Adakah perkara itu dianggap lawak?” soalnya.



wheelie

Dalam video tersebut jika dilihat, pada awalnya remaja yang tidak berbaju itu seakan mempelawa lelaki tua terbabit menaiki motosikal bersamanya.

Namun ketika dia sedang memanjat untuk duduk, dengan sengaja remaja berkenaan membuat aksi wheelie sehingga lelaki yang sudah berumur tersebut jatuh ke belakang.

Tindakan biadap yang dilakukan oleh remaja tersebut telah mendapat kecaman daripada warganet. Rata-rata merasakan apa yang dilakukan adalah satu tindakan tidak bermoral.

Walau bagaimanapun, waktu yang tepat dan lokasi kejadian tidak dinyatakan dan hanya diberitahu berlaku di satu daerah di Terengganu, merujuk kepada komen yang dilakukan oleh beberapa orang pengguna laman sosial berkenaan.

Perkara ini telah menyebabkan wargamaya tidak senang hati dan mahu remaja tersebut dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here