Porsche 911 milik Diego Maradona akan dilelong, harga anggaran melebihi RM900k!

971

Peminat kereta yang juga peminat bola sepak mungkin akan tertarik jika melihat Porsche 911 Type 964 Carrera 2 Convertible Works Turbo Look 1992 milik mendiang Diego Maradona yang akan dilelong pada bulan Mac.

Porsche maradona

Kereta yang berkait rapat dengan lagenda bola sepak tersebut akan ditawarkan buat pertama kali dalam acara lelongan.



911 ini difahamkan dihantar kepada Maradona setelah dia berpindah ke Seville, kerana melarikan diri dari ujian dadah liga bola sepak Itali.

Porsche maradona

Dikuasakan oleh 3.6-liter flat-6, kereta ini mampu menghasilkan 250hp dan mencapai kelajuan maksimum 257km/j. Dengan kelajuan tersebut, Porsche 911 ini berada dalam liga supercar pada zamannya.

Maradona juga difahamkan pernah ditahan polis kerana memandu melanggar lampu isyarat dalam kelajuan 110 batu sejam (177km/j) dalam kawasan bandar menggunakan kereta tersebut.

Porsche maradona

Setelah dijual kepada seseorang yang tinggal di Majorca, kereta tersebut dimiliki oleh beberapa orang, dimana pemilik terbarunya menyimpan kereta ini sejak tahun 2016.

Mempunyai perbatuan sekitar 120,000km, menurut Bonhams, kebanyakan komponen kereta ini masih original, dan masih berada dalam keadaan baik.

“Kami dengan senang hati menawarkan Porsche 90-an klasik ini dengan warna dan komponen yang masih berada dalam keadaan baik. Kereta ini sudah tentu akan menarik perhatian peminat bola sepak dari seluruh dunia,” kata Paul Darvill, pengurus lelongan Bonhams di Eropah.

Porsche maradona

Dianggarkan akan dibida sekitar harga USD180,000 hingga USD240,000 (kira-kira RM727,650 hingga RM970,200), Porsche milik Maradona ini akan dijual di acara lelongan Les Grandes Marques du Monde à Paris yang akan berlangsung pada 3-10 Mac depan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here