Tunku Panglima Johor raih kejuaraan di Fanatec GT World Challange Australia

1503

Hanya pada permulaan keduanya di Fanatec GT World Challange Australia, Tunku Panglima Johor, Putera Jefri Ibrahim meraih kejuaraan pada Perlumbaan Satu di litar ikonik Mount Panorama, Bathurst, New South Wales.

tungku panglima johor

Dengan kejayaan itu, Tunku Panglima Johor ini menjadi pelumba pertama dari Malaysia menjuarai siri sulung itu selepas muncul juga sebagai satu-satunya pelumba dari Asia yang bertanding.



“Saya hilang kata-kata, saya tidak mempercayainya. Shane adalah Raja Gunung dan dia membuktikan kemampuannya hari ini walaupun berdepan masalah bahu. Pemanduan yang hebat daripadanya.

tungku panglima johor

“Saya hanya fokus pada apa yang perlu saya lakukan hari ini iaitu menjaga jentera dan jadi sepantas mungkin,” kata Putera Jefri.

Bermula di P8, Putera Jefri mengekalkan posisinya dan juga merekod masa terpantas dalam sektor pertama dalam kalangan pelumba amatur.

“Litar ini agak mencabar khususnya kepada Putera Jefri yang bersaing buat kali pertama dalam pertandingan ini.

“Cara dia menyelit dan menjadi bertambah pantas sangat mengagumkan. Bagus apabila dia memenangi perlumbaan di sini,” kata Shane Van Gisbergen.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here