Tukar nama kepada ‘Voltswagen’, pihak Volkswagen dikecam gara-gara prank April Fools

1303

Tarikh 1 April merupakan satu tarikh dimana kita boleh lihat pelbagai jenama terkenal di serata dunia akan mengumumkan produk atau servis ‘terbaharu’ sebagai satu bahan jenaka khas untuk tarikh tersebut.

volkswagen april fools

Baru-baru ini pihak Volkswagen telah memohon maaf kerana niat mahu ‘melawak’ sempena tarikh 1 April atau April Fools telah memakan diri apabila beberapa agensi media seperti AFP menemplak tindakan tersebut sebagai ‘breach of trust’.



Sehari sebelum tarikh itu, wakil pengeluar dari Jerman itu ada memberitahu akan menukar nama anak syarikatnya di Amerika Syarikat dari Volkswagen kepada ‘Voltswagen’ kerana mahu fokus kepada pengeluaran kereta elektrik.

Pengumuman tersebut telah menjadi tanda tanya kepada semua pihak, tetapi wakil syarikat telah ‘mengesahkan’ kenyataan tersebut, lalu ia menyebabkan berita tersebut mendapat liputan media antarabangsa secara meluas.

Setelah liputan telah meluas, akhirnya Volkswagen membuat pengakuan bahawa idea ‘Voltswagen’ tersebut cumalah satu jenaka yang diilhamkan oleh pasukan pemasaran mereka sahaja. Tindakan tersebut telah menyebabkan banyak pihak berang.

Ramai petugas media ‘tidak berpuas hati’ dan mereka telah meluah rasa kecewa terhadap gimik pemasaran yang dibuat oleh Volkswagen. Perbuatan tersebut seolah-olah mereka tidak sensitif dan mempermainkan kredibiliti petugas media.

Nampaknya Volkswagen telah ‘menghakis’ kepercayaan daripada pihak media kerana ‘tempias’ jenaka yang mereka buat baru-baru ini.

Mungkin pengeluar dari Jerman ini akan mengharungi hari dan masa yang sukar untuk memulihkan semula kepercayaan kesemua pihak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here