Tawaran pengurangan pembayaran saman hingga 70 peratus – JPJ

1607

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada 3.5 juta notis saman yang masih aktif.

saman JPJ

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, tawaran berkenaan bermula hari ini kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk kes dalam tindakan senarai hitam.



Bagaimanapun, pengurangan saman berkenaan tidak termasuk kes dalam sebutan mahkamah.

“Sejak 2010 sehingga Mac tahun ini, kita dapati sebanyak 3.5 juta saman masih aktif yang belum diselesaikan,” kata Ka Siong.

saman JPJ

“Jadi dengan tawaran yang dilaksanakan ini, kita harap supaya individu berkenaan dapat membayar saman yang tertunggak itu.

“Selain itu saya harap pembayaran saman berkenaan dapat dijalankan secara atas talian menggunakan portal JPJ bagi melancarkan proses berkenaan,” tambahnya.

Beliau berkata, pengurangan saman yang dilaksanakan itu sedikit berbeza kerana tempoh yang diberikan lebih lama iaitu dua bulan berbanding sebulan sebelum ini.

Selain itu, Ka Siong turut memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian yang dikenali sebagai JPJeQ.

“JPJeQ ini adalah aplikasi yang membenarkan pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunakan kod QR bagi mendapatkan nombor giliran.

“Sistem ini juga mesra Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan berkeperluan khas. Ia dibangunkan selaras dengan hasrat kerajaan dalam mengamalkan norma baharu Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong turut melancarkan siri nombor pendaftaran ‘FD’ bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang boleh dibida semalam sehingga 16 April, jam 10 malam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here