JPJ: Sistem JPJeBid peroleh RM4.1 bilion pada tahun lepas

1308

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperoleh pendapatan RM4.1 bilion tahun lalu hasil kutipan melalui JPJeBid dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

 jpjebid

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, aspek pendigitalan yang diterapkan dalam salah satu kerja iaitu JPJeBid adalah untuk membida nombor pendaftaran kenderaan.



Katanya, sistem ini menawarkan ketelusan bidaan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

“Sekarang untuk membida hanya perlu masuk laman web sahaja dan boleh bida mana-mana nombor yang berkenan di hati dimana-mana sahaja.

“JPJ eBid ialah penyumbang terbesar sehingga kini selain daripada yang asas kita lesen memandu dan lain-lain perkhidmatan,” tambah Zailani.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here